Kerjaya solo Joe Flizzow

President (2008)

Setelah pembabitan dengan Too Phat, beliau menceburi bidang muzik sebagai artis solo pada tahun 2008.[2] Album sulung solo beliau, President mula dipasarkan pada 31 Disember 2008 oleh Warner Music Malaysia. Album tersebut menampilkan koloborasi dengan artis-artis seperti Hady Mirza dan Terry Tye Lee dari Singapura, Thaitanium (Thailand), Joeniar Arief (Indonesia), Jin (Amerika Syarikat) dan Phlowtron dari Malaysia.[2]

Havoc (2013)

Pada 7 November 2013, album Havoc telah dilancarkan.[3] Album Havoc merupakan kesinambungan kepada President dan menampilkan sebanyak 14 buah lagu Bahasa Melayu dengan kerjasama Amy Search, Rossa, Altimet, SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin Sulaiman. Single pertama dari album tersebut, Havoc berjaya mengungguli carta iTunes Malaysia.[4] Pada awal tahun 2015, lagu Apa Khabar yang dipetik dari album Havoc telah dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-29.[5] Selain itu, lagu Apa Khabar turut memenangi anugerah Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-21, manakala lagu Havoc tercalon dalam kategori yang sama.[6]

Rujukan

WikiPedia: Joe Flizzow http://www.budiey.com/joe-flizzow/ http://www.budiey.com/pelancaran-album-havoc-joe-f... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm6030171/ http://www.malaysiandigest.com/hiburan/250782-havo... http://www.redbull.com/my/en/music/stories/1331598... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.esquire.my/People/What-Ive-Learned/arti... http://www.kartellohello.my